- newsatmy
Neelofa doa kebahagiaan Nabila
19 Mac 2021 KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Neelofa, 32, meluahkan syukur apabila kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor selamat bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin, di sebuah majlis tertutup, pagi tadi.
Neelofa berkata, tiada lain yang diharapkan melainkan kebahagiaan Nabila dan Engku Emran hingga ke akhir hayat.
"Hari ini amat membahagiakan buat kakak saya, Nabila. Saya gembira melihat Nabila bertemu jodoh dan berharap pasangan ini dikurniakan kebahagiaan sampai bila-bila.
"Doa dan harapan agar Nabila dan Engku Emran saling melengkapi. Semoga Allah SWT merahmati rumah tangga Nabila dan suami hingga nadi syurga," katanya kepada BH Online.
Neelofa berdoa Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin saling melengkapi dan dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga. - Foto Neelofa
Noor Nabila, 36, diijabkabulkan bersama pilihan hatinya, Engku Emran, 46, di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, pagi ini.
Ia sekali gus meleraikan desas-desus percintaan yang bertiup kencang sejak bulan lalu. Bagaimanapun, Nabila menafikan pernah bertunang seperti digembar-gemburkan.
Nabila berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran pula bercerai dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya Engku Emran. -BH Online
Comments