top of page
  • newsatmy

Neelofa-PU Riz: Pertemuan sewaktu bertugas hingga ke pelaminan cinta serba putih

27 Mac 2021 KUALA LUMPUR: IMPIAN penyatuan dua jiwa antara dua insan ini akhirnya menjadi kenyataan, seolah-olah satu hembusan nafas lega bagi keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.


Begitu juga dengan jutaan peminat yang tidak pernah letih mengikuti episod berteka-teki selama ini.


Bagi mereka, tarikh dan peristiwa indah hari ini mengesahkan segala harapan dan doa buat personaliti yang mereka sayangi.


Memang serba indah majlis perkahwinan pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail.


Majlis yang diadakan secara tertutup itu telah bermula seawal 10 pagi dengan kedatangan tetamu-tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan.


Bagi Neelofa, 32, dan Haris, 26, jejak melintas gerbang hidup sebagai pasangan suami isteri dipatri setelah sempurna ijab kabul dengan sekali lafaz di Hotel Grand Hyatt, di sini, jam 11.43 pagi.


Momen sedih turut dirasai apabila adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor, yang mewakilkan wali kepada bapa Neelofa, jelas sebak semasa menikahkan mereka berdua.

Ikatan halal kedua-dua mempelai itu lebih istimewa apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Al-Bakri turut hadir untuk menyampaikan khutbah dan tazkirah ringkas.


Detik tersebut seterusnya beralih ke dewan pelamin gilang-gemilang berona putih bersaksikan para tetamu jemputan.


Turut kelihatan, antara rakan selebriti yang hadir pada hari bersejarah itu ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, Shalma Ainaa dan Datuk Rizalman Ibrahim.

-Astro Awani

bottom of page