top of page
Farah

Nelayan Terengganu terima berita gembira


SETIU 26 Feb: Kira-kira 2,000 nelayan di Terengganu menerima berita gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan akan menanggung kos pembaharuan lesen bagi nelayan sampan kecil di negeri itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ketika mengumumkan perkara itu menyifatkan pemberian itu sebagai satu usaha untuk membantu golongan nelayan sampan kecil.

“Setiap tahun, mereka harus membayar lesen. Bagi tahun, kita memberi insentif pengecualian bagi membayar kos itu.

“Ini bukan kali pertama, kita pernah melaksanakan insentif ini pada tahun 2019 sebelum ini.

“Biarlah para nelayan sampan kecil ini fokus kepada gerak kerja mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Karnival Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu (GPMT) di Sungai Tarom, semalam.

Karnival selama tiga hari itu adalah simbolik usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Setiu sebagai gedung pengeluaran makanan bagi negeri berkenaan.

“Ini bukan slogan semata-mata tetapi mengandungi tempoh pelaksanaan dan pelan strategik yang akan dilaksanakan,” katanya.

Comentarios


bottom of page