top of page
  • newsatmy

Netizen dakwa Nad Zainal ‘Tak cukup kain’

10 Januari 2022

Pelakon, Nad Zainal menjadi perhatian netizen apabila berpenampilan terlalu seksi serta mencolok mata bahkan menampakkan bahagian pangkal payu daranya.


Menerusi hantaran dalam Instagram miliknya, Nad berkongsi beberapa keping gambar memaparkan dirinya terlibat dengan penggambaran untuk montaj sebuah naskhah baharu lakonannya.


Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun menjadi sasaran netizen kerana disifatkan terlalu seksi dan tidak sesuai dengan dirinya.


“Makin cantik, Makin kurang kain. Berlakon best.” tulis seorang pengguna Instagram.


“Baju ambil vaksin. Kasihan laki kau kak” tulis seorang lagi netizen.


Dalam pada itu, ada juga netizen yang menggesa Nad agar segera bertaubat dan berasa simpati terhadap suami pelakon itu, Muhammad Faliq Amirudin kerana terpaksa menanggung dosa perbuatan si isteri.

bottom of page