top of page
  • newsatmy

Netizen ‘Geli’ Tonton Aksi Zul Ariffin Dukung Wanita Bertudung

5 Januari 2022

Video iklan yang dikongsikan oleh pelakon popular, Zul Ariffin bersama seorang wanita di Instagramnya baru-baru ini terima kecaman hebat dari netizen.


Kebanyakkannya berasa kurang senang dengan aksi yang dilakukan oleh aktor tersebut seperti berpegang tangan, berpelukan dan mendukung bersama wanita yang membawa imej bertudung itu.


Difahamkan, Zul membawa watak sebagai pasangan kekasih untuk wanita terbabit bagi mempromosikan produk bengkung edisi Zul Ariffin.


Biarpun ianya untuk mempromosikan produk, video tersebut menerima kritikan dari segelintir netizen yang merasakan tidak manis untuk mereka melakukan aksi-aksi sebegitu serta menganggap iklan sedemikian tidak sesuai dengan standard pelakon filem Sangkar itu.

Comentarios


bottom of page