• Arissa

NIA wujudkan pekerja berkemahiran tinggi

25 Jun 2021

Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) berperanan dalam memastikan Malaysia kekal menjadi destinasi pelaburan pilihan.


Dalam usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara, dasar ini juga turut dirangka dengan mengambil kira sudut pandang kepentingannya untuk rakyat.


Berteraskan lima parameter NIA, terdapat aspek yang mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat. Kejayaan menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam Malaysia akan menghasilkan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik buat rakyat khususnya dalam mengharungi cabaran penularan wabak COVID-19 ini.


Impak positif NIA ini dapat dilihat apabila Malaysia mencatat pelaburan dilulus RM80.6 bilion bagi suku pertama 2021.


Hasilnya, negara berjaya merekodkan pelaburan diluluskan melibatkan 993 projek dan dijangka membina 32,557 peluang pekerjaan.


Kesimpulannya, NIA dilihat sebagai satu strategi pendekatan komprehensif untuk mempergiat semula ekosistem pelaburan Malaysia di rantau ini serta menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi.



--PN Online