top of page
  • zaman

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi


KUALA LUMPUR, 17 Mac- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi pada tengah hari ini.


Pada rehat tengah hari, kontrak Mac 2023 dan April 2023 masing-masing meningkat 22.5 mata kepada 1,407.5 dan 1,408.5.


Kontrak Jun 2023 menokok 21 mata kepada 1,409.5 dan September 2023 naik 22 mata kepada 1,400.0.


Jumlah dagangan sebanyak 4,375 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,922 kontrak.


Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 20.39 mata atau 1.47 peratus kepada 1,411.99 daripada 1,391.60 pada Khamis. - BERNAMA

bottom of page