• newsatmy

Nidzam Adzha dilantik pengarah teknikal Kuala Lumpur City

1 April 2021

AWATAN pengarah teknikal bukan tempat direhatkan.


Itu mesej yang mungkin cuba disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard, berhubung pelantikan mengejut Nidzam Adzha Yusoff sebagai Pengarah Teknikal The City Boys.


Stanley sebaliknya, ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menegaskan keputusan itu dibuat atas faktor kekosongan dan kemampuan bekas pemain Kedah tersebut untuk menggalas tugas berkenaan.


"Kami mengambil masa tiga minggu untuk membuat keputusan ini.


"Kami melihat pemantauan teknikal daripadanya amat penting terutama musim 2021.


"Kami mahu mengambil seorang yang lebih berpengalaman sebagai pengarah teknikal, jadi lebih baik kami pilih Nidzam Adzha kerana dia mampu menawarkan keperluan daripada segi teknikal dan pemantuan untuk skuad Liga Super.


"Saya rasa ia membantu skuad musim ini berbanding ketika beliau membawa Kuala Lumpur ke Liga Super.


"Ia satu keputusan yang tepat pada pertengahan musim ini," kata Stanley di Cheras semalam.


Nidzam mengemudi Kuala Lumpur City untuk meraih tiket ke Liga Super musim lalu tetapi hasratnya mengekalkan jawatan terbantut berikutan syarat pelesenan kejurulatihan yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).


Justeru, jurulatih import yang sinonim dengan Liga Malaysia (Liga-M), Bojan Hodak, mendapat kepercayaan bagi meneruskan cabaran musim ini.


"Selagi saya dalam pekerjaan bola sepak, saya sangat gembira kerana itulah darah daging saya.


"Saya akan merindui untuk turun ke padang dan bersama-sama pemain.


"Tidak mengapa, saya(sedia) memikul tanggungjawab baru ini," katanya.


- Astro Arena

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.