top of page
  • admin

Nilai ringgit susut berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR, 13 Okt :Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini di tengah-tengah pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) bulan Septembar yang lebih tinggi daripada jangkaan iaitu pada 8.5% berbanding unjuran 8.4%, kata seorang peniaga. Pada pukul 9.00 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6850/6875 berbanding dolar AS daripada penutup hari Rabu iaitu 4.6820/6855. Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data baharu itu memberi isyarat bahawa inflasi kekal tinggi di AS kerana PPI mengukur perubahan dalam harga barangan, produk dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat untuk mengeluarkan produk mereka. “Malah, pemacu yang lebih penting ialah minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang dikeluarkan semalam. Ia memberikan beberapa petunjuk tentang langkah dasar monetari seterusnya yang akan diterima pakai oleh Rizab Persekutuan AS,” katanya dalam nota hari ini. Beliau berkata beberapa ahli FOMC kekal bertekad untuk mengekalkan kestabilan harga dengan menaikkan kadar faedah sambil menambah kenaikan itu juga perlu diseimbangkan supaya ia tidak mempunyai kesan yang tidak diingini ke atas ekonomi. Secara keseluruhan, beliau berkata kadar faedah di AS berkemungkinan terus meningkat sehingga akhir tahun, tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

(Foto fail)

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. Mata wang tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.2050/2078 daripada 5.1825/1864 pada penutup Rabu, lemah berbanding euro kepada 4.5505/5530 daripada 4.5453/5487 dan lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2666/2688 daripada 3.2595/2622 semalam. Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1914/1936 daripada 3.1987/2014 sebelumnya. -BERNAMA

Comments


bottom of page