top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

No comment - Setiausaha Politik Faizal Azumu

11 Oktober 2021

Susulan khabar angin yang mengatakan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sudah bernikah dengan primadona cantik, Erra Fazira.


Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata “no comment” dan enggan mengulas lanjut.


Berita ini mula tersebar sejak Jun lalu apabila seorang wartawan hiburan mula memuatnaik status mengenai hubungan cinta Erra Fazira dengan seorang Menteri dari Utara.


Sejak semalam, ramai rakyat yang mula berteka-teki dengan status terkini pelakon ini selepas ada khabar angin mengatakan yang dia kini telah pun berkahwin dengan salah seorang menteri.


Di Twitter, satu ciapan telah membuatkan ramai terkejut bila netizen ini mendakwa Erra telah pun selamat menjadi isteri kedua Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu.


Untuk menguatkan dakwaan ini juga, seorang netizen telah bertindak untuk melihat pengikut Faizal Azumu di Twitter dan mengatakan Ahli Parlimen Tambun ini hanya follow seorang selebriti sahaja iaitu Erra Fazira.

bottom of page