top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Nora Danish kongsi gambar mandi buih

11 Disember 2021

“Main buih kejap..Kalau hendak tengok Santa Claus saya, boeh lihat gambar seterusnya”.

Demikian perkongsian ringkas pelakon, Nora Danish yang sekali lagi menarik perhatian netizen apabila berkongsi beberapa keping foto ketika sedang bermain buih dan berendam di dalam tab mandi bersama suaminya, Nedim Nazri.


Rata-rata netizen berpendapatan adegan ‘mesra’ pelakon berusia 39 tahun itu ketika mandi bersama-sama suaminya sebagai keterlaluan dan tidak wajar untuk ditayangkan kepada umum.

Menerusi perkongsian tersebut, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif memuat naik beberapa keping foto ketika sedang berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi buih sabun bersama suaminya.


Malah, ada juga netizen meninggalkan komen-komen nakal gara-gara cemburu melihat kemesraan yang ditayang Nora bersama suaminya.


Ibu kepada dua cahaya mata itu mengambil pendekatan untuk memadam gambar berkenaan setelah menerima pelbagai komen di perkongsian berkenaan.


Terdahulu, Nora menjadi bualan hangat apabila pakaian yang digayakan ketika mendaki yang berwarna coklat dikatakan terlalu sendat dan kelihatan seperti bogel.

bottom of page