top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Nota permintaan terbuka Chegu Bard kepada Perdana Menteri Malaysia

8 Julai 2021

Hari ini negara berada dalam cabaran getir. Namun kelancaran kerajaan seringkali terganggu kerana kelihatan ada segelintir ahli politik yang tak sudah sudah menyusun ranjau seolah mereka seronok kalau dapat melihat usaha mengemudi negara dalan krisis ini gagal supaya mereka boleh menangguk di air yang keruh untuk keuntungan politik sempit mereka.


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini diuji dari perbagai sudut. Kita perlukan pasukan yang benar benar ampuh demi negara. Hari ini telah terbukti walaupun berada dalam kerajaan Presiden Umno dan segelintir kecil pimpinan Umno sentiasa berusaha mensabotaj kerajaan. Bukan rahsia ketika Umno dan Bn berganding bahu berdepan PRN Sabah malangnya Presiden Umno sendiri membatalkan program kempen dengan membiarkan anak buah bertungkus lumus dalam masa sama dia berunding dengan Anwar dan PH Dap sehingga menulis surat kepada Istana menyatakan sokongan Umno untuk menjadikan Anwar PM. Surat ini sahih benar seperti yang terdedah kerana dihantar sendiri oleh Datuk Bijaya DiRaja kepada PM atas titah YDPA.


Hari ini juga sah Zahid mengaku rakaman suara yang terdedah bersama Anwar itu benar. Malah Pimpinan Umno sendiri sudah membuat laporan polis ke atas Zahid kerana menipu YDPA termasuk ketika mengadap baru baru ini Zahid menipu YDPA kononnya Umno sebulat suara nak keluar dari PN. Bayangkan jika YDPA dan rakyat boleh ditipu. Bayangkan jika orang parti sendiri ditipu ketika berjuang melawan PH di Sabah tetapi Presiden masa sama berunding nak jadikan Anwar PM dan beri kuasa pada PH Dap.


Walaubagaimanapun Umno merupakan rakan kongsi berpengalaman yang perlu diperkukuhkan. Sangat memahami sepatutnya ketika awal pembentukan kabinet PM memang dicadangkan Timbalan Presiden Umno diangkat menjadi senator dan seterusnya TPM kerana Presiden punya kes mahkamah. Namun menghormati permintaan Presiden Umno yang tidak mahu TPM disandang Timbalan Presiden maka kabinet seperti hari ini dibentuk.


YAB Tan Sri, negara ini tidak perlu buang masa dengan bakal banduan dan bekas banduan yang jelas berkepentingan politik sempit.. saya cadangkan segera diambil tindakan berani dilantik TPM dari Umno demi melicinkan pentadbiran. Saya cadangkan YB Hishammuddin Hussein atau Ismail Sabri Yaakob boleh sahaja memegang jawatan itu.

Malah kesempatan tindakan berani ini perlu diambil untuk rombakan kabinet.


Kabinet Perang Covid 19 ini sepatutnya tidak boleh diisi hanya dengan 'penumpang' sebaliknya perlu diisi dengan penyumbang dan pemimpin proaktif.


Kerajaan hari ini dari aspek khidmat dan pentadbiran agak baik namun hampir gagal dalam aspek komunikasi dan pengurusan isu. Maka rombakan kabinet nanti perlu meletakkan seorang yang berpengalaman dan punya hala tuju jelas menduduki Kementeri Komunikasi dan Multimedia. Antara yang boleh saya cadangkan ialah Tan Sri Annuar Musa.


Akhirnya YB Tan Sri, gabungan kerajaan dengan teras pribumi ini perlu sentiasa berani melakukan sesuatu dengan berani. Kemakmuran rakyat, kesejahteraan umat fokus utama...


Sekian dan t.terima kasih.




che'GuBard.



--PN Online


bottom of page