top of page
  • newsatmy

#NoToLanun: Hasilkan karya bermutu untuk dihormati masyarakat dan elak cetak rompak - Mamat Khalid

10 Mac 2021

KUALA LUMPUR: Penggiat industri kreatif perlu menghasilkan karya-karya yang bermutu agar timbul rasa hormat masyarakat.


Menurut pengarah Mamat Khalid, dengan rasa hormat itu, ia boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membeli barangan cetak rompak.


Mengulas lanjut, Mamat menjelaskan selama ini pengiat indutri kreatif kurang dihormati kerana ada antara mereka yang menghasilkan karya yang tidak bermutu.


Jelas beliau, cara itu adalah lebih baik berbanding meunding jari mencari salah orang lain apabila masyarakat tidak menghormati pengkarya dan membeli barangan cetak rompak.


"Apabila dipandang serius, abang harap perkara-pekara yang mereka ambil sambil lewa sekarang ini seperti tidak menghormati karya atau penggiat industri kreatif, mereka akan lebih berfikir.


"Contohnya, bila hasil karya bagus, masyarakat akan hormat dan berfikir kalau aku buat macam ini macam mana dengan budaya aku? Macam mana dengan budaya filem aku?, macam mana dengan lagu-lagu negara?


"Pembikin perlu meletakkkan diri ke aras yang dipecayai dengan cara membuat kerja-kerja kita dipercayai oleh masyarakat, dengan cara itu masyarakat akan rasa hormat dan tidak mahu membeli yang cetak rompak," katanya kepada Astro AWANI.


Selain itu, beliau juga menyarankan agar masyarakat diberi kesedaran tentang salah guna cetak rompak dan kesannya kepada pendapatan negara.


Mamat menjelaskan sekirannya masyarakat tidak diberi kesedaran, kegiatan cetak rompak akan terus berleluasa dan tidak akan ada rasa hormat kepada penggiat kreatif.


"Perlu diberi kesedaran kepada masyarakat tentang cetak rompak ini. Perkara ini kita perlu terus beri kesedaran tentang kesan cetak rompak ini terhadap pendapatan negara.


"Bukan sedikit pendapatan negara terjejas akibat cetak rompak, perkara ini masyarakat perlu sedar. Dan perlu juga sedar kesan kepada penggiat industri kreatif sekiranya menyokong cetak rompak," katanya.


Baru-baru ini, seorang pengarah syarikat didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah memiliki enam kotak media yang mempunyai perisian tidak sah mengikut Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - AA

bottom of page