• newsatmy

Omar & Hana versi Bahasa Arab berjaya mencecah lebih 100,00 langganan di Youtube.

Updated: Feb 23

22 Febuari 2021

KUALA LUMPUR: Saluran YouTube Arab siri animasi popular 'Omar & Hana', berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan dalam enam bulan sejak pelancarannya pada Julai 2020.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Digital Durian memaklumkan, berdasarkan kaji selidik syarikat berkenaan, terdapat permintaan untuk kandungan yang berasaskan Islam dari rantauan Asia Barat dan Utara Afrika (MENA). Katanya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) tersenarai dalam 10 negara yang berminat dengan Omar & Hana versi bahasa Inggeris.

Siri animasi popular ini hasil usahasama Digital Durian bersama Astro. "Kami mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton Arab siri animasi Omar & Hana dalam bahasa Inggeris dan melihat bahawa ada permintaan untuk kandungan kami dalam bahasa Arab, terutaman sokongan dari rantau MENA.

"Kami berharap agar dapat terus menyebarkan nilai-nilai murni ke seluruh dunia melalui kandungan Omar & Hana," kata penerbit siri animasi Omar & Hana, Fadilah A Rahman.

Video Omar & Hana versi bahasa Arab ditonton oleh kanak-kanak serata dunia daripada lebih 50 negara, terutamanya di Arab Saudi, Turki, Iraq, Mesir dan Algeria.

Versi Bahasa Arab merupakan bahasa keempat yang diterbitkan selepas bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia.

Penerbitan Omar & Hana dalam bahasa Urdu bakal disiarkan tidak lama lagi.

Siri animasi Omar & Hana bersiaran setiap Jumaat, jam 11 pagi di Astro Ceria.

Kesemua episod Omar & Hana juga boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO. - Astro Awani

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.