top of page
  • newsatmy

Pak Nil Duta Eskayvie, Tampil Dengan Diffenz Junior

29 Oktober

KUALA LUMPUR-Pengacara nombor satu negara,Datuk Aznil Hj.Nanawi (Pak Nil) telah menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi produk Eskayvie. Terbaru, syarikat peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan itu mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharu mereka Diffenz Junior, khas untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik.


Untuk rekod, status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya. Memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak yang masih belum mendapat suntikan vaksin, antara objektif utama Diffenz Junior dihasilkan sebagai imun mereka. Diffenz Junior dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.

bottom of page