top of page
  • newsatmy

Pakar Kewangan setuju keputusan Kerajaan tidak membenarkan pengeluaran RM10k KWSP


Pakar Kewangan dan Pengarah Board Bank Islam, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff berpendapat adalah amat wajar keputusan Kerajaan dan Kabinet tidak membenarkan pencarum mengeluarkan RM10,000-00 daripada simpanan mereka di KWSP.


Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, menyatakan ini adalah merupakan satu keputusan yang amat bertanggung-jawab terhadap Rakyat, demi masa depan mereka.


Datuk Nik berkata, Ahli-ahli Politik yang menyuarakan pandangan agar Kerajaan membenarkan pengeluaran ini, hanyalah mahu menjuarai isu ini dan mahukan populariti dengan Rakyat.


Walau bagaimanapun, apabila pencarum KWSP ini bersara nanti dan berhadapan dengan masalah kewangan selepas 5 ke 10 tahun bersara, ahli-ahli politik yang mahu menjadi JUARA ISU INI, tidak akan berupaya membantu mereka pada ketika itu.


Adalah amat berbahaya hanya memikirkan satu solution jangka pendek tanpa memikirkan implikasi jangka panjang.


Pengumuman PM DS Ismail Sabri mengenai bantuan langsung secara tunai mencecah RM61 ribu ringgit adalah langkah terbaik untuk membantu rakyat daripada membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan hari tua mereka dari KWSP.


Setakat hari ini, Kerajaan sebelum ini telah pun membenarkan pencarum mengeluarkan wang mereka berjumlah lebih daripada RM100 bilion ringgit melalui I-Lestari, l-Sinar dan I-Citra.

bottom of page