top of page
  • newsatmy

Pakatan Harapan tubuh sembilan jawatankuasa baharu

10 Mei 2021

KUALA LUMPUR: Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan penubuhan sembilan jawatankuasa bawah PH sempena ulang tahun ketiga sejak kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Dalam satu kenyataan bersama oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution, Datuk Hatta Ramli dan Anthony Loke Siew Fook, jawatankuasa-jawatankuasa tersebut turut ditubuhkan kerana memahami keperluan untuk memperkukuh gerak kerja PH ketika situasi semasa negara dilihat semakin terjejas.


"Jawatankuasa-jawatankuasa ini bertindak akan meneliti dan menyediakan dasar-dasar Pakatan Harapan.


“Hari ini, kita lihat kerajaan tidak lagi mampu memimpin negara. Dari segi politik, kerajaan ini kekal sebagai kerajaan minoriti yang tidak stabil.


Tambah mereka: "Dari segi kesihatan awam, kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19 semakin ketara jika dilihat lembabnya program vaksinasi dan bersimpang-siurnya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Akibatnya kesilapan demi kesilapan kerajaan ini menghantui kita: kompaun yang keterlaluan; amalan budaya ‘antara dua darjat’ berleluasa; SOP cacamarba lagi mengelirukan; darurat yang langsung tidak berjaya mengawal penularan pandemik, malah keadaan menjadi semakin kritikal,” tegas ketiga-tiga pemimpin PH itu.


Kenyataan itu menambah, rakyat mengharapkan satu perubahan besar, namun kelemahan pemerintah tidak bererti Pakatan Harapan itu sendiri semakin kuat secara automatik.


Justeru, sembilan jawatankuasa ditubuhkan dengan dua daripadanya diketuai oleh pengerusi masing-masing, manakala bakinya akan diumumkan kelak.


Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan manakala Jawatankuasa Kesihatan pula diketuai Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Keanggotaan jawatankuasa juga mungkin melibatkan pakar-pakar atau mana-mana pihak yang dilihat bersesuaian, serta beberapa jawatankuasa baharu akan diumumkan dari semasa ke semasa.


Berikut senarai jawatankuasa baharu PH:


Jawatankuasa Pendidikan

  • Maszlee Malik (Pengerusi), Ahli Parlimen Simpang Renggam

  • Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa

  • Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai

  • Datuk Dr Hasan Baharom, Ahli Parlimen Tampin


Jawatankuasa Kesihatan

  • Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Pengerusi), Ahli Parlimen Kuala Selangor

  • Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng

  • Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching

  • Datuk Hatta Ramli, Ahli Parlimen Lumut

  • Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru

  • Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi


Jawatankuasa Ekonomi

  • Wong Chen, Ahli Parlimen Subang

  • Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara

  • Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor


Jawatankuasa Keselamatan

  • Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja

  • Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani

  • Senator Liew Chin Tong


Jawatankuasa Gender

  • Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan

  • Chong Eng, ADUN Padang Lalang

  • Senator Aiman Athirah


Jawatankuasa Belia

  • Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru

  • Howard Lee, ADUN Pasir Pinji

  • Shazni Munir, Ketua Pemuda Pakatan Harapan


Jawatankuasa Kos Sara Hidup

  • Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang

  • Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat

  • Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin


Jawatankuasa Perundangan

  • Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang

  • William Leong, Ahli Parlimen Selayang

  • Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor


Jawatankuasa Mobilisasi

  • Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja

  • Datuk Seri Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya

  • Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

-Astro Awani

bottom of page