• newsatmy

Paku dulang paku serpih, mengata orang 'Najib' yang lebih

Bekas perdana menteri, Najib Razak terus mempersoalkan cara pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini.


Mengulas kes terbaru harian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dia berkata trend jumlah kes sebenar sekali lagi mula cecah model ramalan 9,000 kes.


“Adakah ramalan bakal dinaikkan lagi bagi kali ketiga dalam tempoh sebulan dan berapakah ramalan baru?


“12,000 kes sehari? 15,000 kes sehari?


“Harap KP (Ketua Pengarah) KKM (Dr Noor Hisham Abdullah) akan guna fakta ini dalam meeting MKN (Majlis Keselamatan Negara) petang nanti. Biar mereka tahu sebab bimbang mereka masih belum tersedar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadualkan mempengerusikan sidang MKN Covid-19 di Putrajaya, hari ini dan keputusan sama ada kerajaan persekutuan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh (lockdown) dijangka akan dibincangkan.


Najib dalam hantaran berasingan turut membidas cara pentadbiran PN melaksanakan PKP di negara ini.


“Meeting (mesyuarat) pukul 3. Perutusan (pengumuman mengenai PKP) esok?

SOP (prosedur operasi standard) lusa?

“Gitu?” soalnya.


Menurut Najib, dalam tempoh sebulan lalu, KKM telah naikkan ramalan kes baru mereka dua kali apabila trend kes baru sebenar cecah ramalan mereka atau dipanggil "breakout" dalam istilah pemain saham.


“Pada 21 April, KKM naikkan ramalan bagi kes baru dari 3,000 sehari ke 5,000 sehari.

Dinaikkan sekali lagi dari 5,000 kes ke 9,000 kes dalam masa terdekat pada 12 Mei,” katanya.


Sebanyak 6,806 kes baru dan 59 lagi kematian dilaporkan semalam, tertinggi pernah dicatatkan sejak wabak Covid-19 menular dalam negara.


Daripada jumlah itu, sebanyak 2,967 kes atau 43 peratus dilaporkan di Lembah Klang.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengakui sistem kesihatan negara kini berdepan tekanan besar.


Ini termasuk penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit Covid-19 di seluruh negara mencecah tahap 83 peratus setakat semalam.


Katanya, negeri yang mencatat kadar penggunaan tinggi antaranya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah.


"Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.


"Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP)," katanya menerusi Twitter, hari ini.


Dr Noor Hisham turut menggesa majikan memberi kebenaran kepada kakitangan untuk bekerja dari rumah selain mengehadkan bilangan mereka ke pejabat pada satu-satu masa.


Mari kita lihat statement Najib di bawah dan dibidas tajam oleh komen netizen;


Dilihat, posting Najib yang berbunyi seperti memerli pihak kerajaan dengan menyatakan kerajaan lambat buat kerja itu telah dibidas dan dibalas dengan tajam oleh seorang netizen dengan mengatakan beliau lebih teruk dahulu apabila ketika banjir besar berlaku, beliau dan keluarganya bercuti dan telah menggunakan kapal terbang TUDM untuk membawanya pulang.


Tidak cukup dengan itu, ada satu lagi posting yang kita lihat ketika Najib bercuti dan bermain golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir yang teruk.


Ukurlah baju di badan sendiri, wahai Najib.