- newsatmy
Pandangan CheGu Bard Tentang Iswardy

Selepas tular video Iswardy Morni yang dikatakan menghina dan berbaur hasutan terhadap Yang Di-Pertuan Agong, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai CheGu Bard, Pengarah Operasi Pilihanraya BERSATU Johor, tampil memberi beberapa pandangan beliau terhadap isu tersebut:
Assalamualaikum, pertama sekali memang sekarang isu Iswardy hangat diperkatakan, tetapi apa yang saya lihat sekarang, memang kelompok-kelompok yang memerangi sistem Raja-raja Melayu ini untuk dimusnahkan berkubu di beberapa parti politik di dalam Malaysia seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Gerakan ini sangat terancang dan sangat halus supaya idea mereka dibeli oleh rakyat dengan pelbagai cara.
Pertamanya yang kita haru ingat baru-baru ini ada laporan polis di mana seorang ADUN PKR di Selangor yang telah membalas media sosial Permaisuri Agong dengan membuat ugutan berbaur mengaitkan Permaisuri Agong dengan peristiwa Revolusi Perancis di mana Raja-rajanya dipancung oleh rakyat.

Terjemahan: "Biarlah mereka makan kek"
Ditulis dalam bahasa Perancis untuk hasut rakyat menyamakan Raja Melayu dengan Raja Perancis ketika zaman gelap. Revolusi Perancis 1789 dulu bermula dengan Permaisuri Perancis Marie Antoinette. Rakyatnya kekurangan roti untuk dimakan, lalu Marie dengan ego dan sombing berkata "Qu'ils mangent de la brioche". Rakyat menjadi marah dan beliau menjadi simbol kebencian. Kepalanya dipenggal pada 1793.
Kemudian frasa tersebut dijadikan rujukan dalam membangkitkan kebencian kepada sistem diraja.
Kedua, kita juga perlu ingat, Ketua Ranting Keadilan, yang juga merupakan Ketua Kampung Port Dickson, kawasan Anwar Ibrahim sendiri juga terlibat dalam media sosial di mana tiada tindakan setakat ini, yang juga turut menghina dan mengancam Yang Di-Pertuan Agong.
Sebelum ini juga, bekas MKT UMNO, Lokman Adam memfitnah Sultan Johor terlibat dalam politik dengan mengatakan bahawa Sultan Johor mengarahkan beberapa wakil rakyat daripada UMNO untuk berpindah ke BERSATU dan turut menyatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong terlibat dalam politik secara salah dengan membentuk kerajaan pintu belakang/kerajaan haram.
Perkara-perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan lagi. Anwar Ibrahim perlu menyatakan pendiriannya dengan jelas, jangan pada satu pihak, beliau kata hubungan beliau dengan Raja-raja Melayu baik dan sebagainya.
Tetapi, dalam pihak yang lain, beliau mengerahkan anak buah serta Kumpulan Penyokong Anwar Ibrahim (KUPAI) untuk mempengaruhi rakyat membenci dan seterusnya kearah memansuhkan sistem-sistem Raja Melayu.
Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) harus melihat perkara-perkara ini dengan sangat serius.
Saya percaya dan yakin dalam isu Iswardy ini, ahli PKR akan mengambil jalan singkat dengan memecat Iswardy.
Namun, rakyat jangan percaya dengan mereka kerana mereka sedang menggunakan kelompok-kelompok liberal yang ingin memansuhkan sistem Raja Melayu.
Badrul Hisham Shaharin,
Pengarah Operasi Pilihanraya BERSATU Johor.
Bekas MPP PKR Pusat.
--PN Online