top of page
  • newsatmy

PAS mahu Muhyiddin pimpin dalam PRU-15


KOTA BHARU, 4 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin masih diperlukan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan kepimpinan masa depan.


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengalaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu masih diperlukan untuk kempen PRU-15.

“Pada pandangan parti dan saya sendiri, dia masih diperlukan untuk menerajui PN bukan hanya untuk PRU-15 ini sahaja tapi untuk masa akan datang,” katanya ketika sidang media di sini,semalam.


Baru-baru ini Muhyiddin mengumumkan mahu bersara dari gelanggang politik dengan untuk meluangkan masa bersama keluarga.


Mantan Perdana Menteri itu juga tidak menolak kemungkinan akan bertanding pada PRU-15 akan datang, sekiranya parti memutuskan beliau layak dipilih sebagai calon sekaligus menjadi penggal terakhir buatnya.


Ketika diminta mengulas mengenai bayangan PRU-15 yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengakui PAS sudah bersedia.


Beliau berkata, lazimnya semua parti sudah membuat persiapan apabila memasuki tahun keempat penggal Parlimen.

bottom of page