top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

PAS Melaka telah bersedia hadapi PRN

18 Oktober-MELAKA

PAS Melaka sudah bersiap bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk mengenal pasti calon serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sesuai untuk ditandingi parti itu.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, jentera pilihan raya PAS juga akan digerakkan apabila tiba waktunya.

“Kita sekarang melihat syarat kempen yang bakal digariskan SPR. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Insya-Allah PAS akan beri kerjasama menjalankan PRN berkenaan,” katanya kepada BH, hari ini.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), PAS bertanding di 23 daripada 28 kerusi DUN tetapi tewas di semua kerusi ditandingi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini hari mengundi PRN Melaka dengan menetapkan 8 November sebagai hari penamaan calon, manakala tarikh mengundi awal pada 16 November.

Tempoh berkempen pula selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan kepada kerajaan negeri.

PRN terbabit juga pertama kali diadakan di Semenanjung secara ‘bersendirian’ dan bukan ketika PRU.

PRN melaka merupakan penentu bagi PAS dalam halatuju parti ,sedia maklum PAS menjalin kerjasama bersama BERSATU menjadi rakan PN dan dalam masa sama PAS juga berkerjasama bersama UMNO melalui muafakat Nasional.PAS digambarkan menjadi pendamai kepada BERSATU dan UMNO melalui perpaduan ummah.

Pada PRU 14 PAS bertanding sendirian di 23 DUN Melaka dan tewas kesemuanya,Adakah pada PRN kali ini PAS akan melihat gabungan mana yang memberi tawaran terbaik kepada PAS disebabkan PAS menyedari akan tewas kesemua kerusi dipertandingkan di Melaka jika bergerak sendirian


bottom of page