• newsatmy

Pas tampilkan pimpinan yang tenang, senang untuk runding

29 Mac 2021

BACHOK: Pas menampilkan pimpinan yang tenang dan senang untuk berunding berhubung penyatuan ummah antara Muafakat Nasional (MN), Pas dan UMNO.


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz berkata, itu tandanya Pas komited untuk bersama UMNO dalam MN dan bukannya meraikan pandangan kontroversi.


Beliau berpendapat, keadaan di atas membabitkan kedua-dua pimpinan Pas dan UMNO tenang, sebaliknya hanya peringkat bawah yang kepanasan.


"Kalau kita raikan orang yang panas tidak akan selesai penyatuan, sebarang cakap-cakap itu berbentuk mencabar. Saya tengok pimpinan atasan cool saja," katanya di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kata putus UMNO Kelantan pilihan sama ada untuk bersama UMNO atau Bersatu.


Nik Mohamed Abduh juga Ahli Parlimen Bachok menjelaskan, dalam soal penyatuan, Pas mengetepikan sebarang bentuk provokasi bagi menjaga hubungan dalam MN.


Pada masa yang sama katanyaa, Pas mengelak daripada menyambut sebarang pandangan atau lontaran yang boleh mengeruhkan keadaan.


- Astro Awani

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.