• newsatmy

PAS tidak berhasrat meninggalkan PN, menegaskan perpaduan bumiputra dalam mendepani PRU-15


31 Mac 2021 Setelah mengadakan pertemuan dua-hala antara PAS dan BERSATU semalam, kedua-dua parti tersebut mencapai kata sepakat untuk meneruskan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).


Menurut kenyataan sidang media sebentar tadi, kedua-dua parti itu bakal bekerjasama dalam menghadapi PRU-15. Selaku parti pengasas utama PN, mereka telah bersetuju untuk menubuhkan suatu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat pusat bagi merangka strategi parti bagi menghadapi PRU-15. Hal ini termasuklah pengagihan kerusi dalam kalangan mereka.


BERSATU dan PAS juga menolak sebarang kemungkinan dalam menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, serta tidak akan membuka ruang akan sebarang kerjasama melibatkan PH dan sekutunya.


BERSATU dan PAS dikatakan akan sentiasa komited untuk memperkukuh penyatuan ummah dan perpaduan masyarakat majmuk dan sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung ideologi sedemikian, serta menentang sebarang pihak yang cuba menggugat kerajaan Perikatan Nasional yang telah dibina bersama.

Kedua-dua parti itu menyeru agar semua pertubuhan Melayu, Islam dan Bumiputra, juga rakyat Malaysia yang cinta akan negara, agar bersatu dalam menegakkan saf yang sama dalam perjuangan. -PN Online

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.