top of page
  • admin

Pasaran Robotik Malaysia diunjurkan RM103.1 bilion menjelang 2023 - MOSTI


KUALA LUMPUR 18 Mac: Pasaran Robotik Malaysia diunjurkan mencecah RM103.1 bilion menjelang 2023, melepasi jumlah sasaran Pelan Hala Tuju Robotik Negara 2021-2030, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Mohd Nor Azman Hassan.


Beliau berkata nilai pasaran industri robotik terutamanya Robot Perkhidmatan dalam 2022 kira-kira RM92.29 bilion, biarpun mengalami kesan yang menjejaskan kepada ekonomi akibat pandemik COVID-19.


Bagaimanapun, beliau berkata jurang perbezaan sumbangan oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berbanding syarikat multinasional (MNC) perlu ditangani terlebih dahulu.


Sementara itu, Ishkandar berkata NRICR menyasarkan untuk mengalihkan ekosistem robotik Malaysia daripada menambah nilai kepada penciptaan nilai yang berdaya tahan menerusi penyelesaian inovatif berimpak tinggi dalam mereliasasikan wawasan Pelan Hala Tuju Robotik Negara 2021-2030 untuk Malaysia menjadi hab robotik serantau dalam Perkhidmatan, Pertanian dan Pengilangan menjelang 2030.


Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Dzuleira Abu Bakar pula berkata dalam kenyataan sama bahawa sebuah Hab Rotik Kebangsaan akan ditubuhkan MRANTI di Taman MRANTI, Bukit Jalil di sini dengan kerjasama MyRAS, MARii dan lain-lain pemain industri robotik bagi menyokong peningkatan pemain dalam ekosistem robotik di Malaysia.


Beliau berkata NRICR akan menjadi asas untuk meningkatkan lagi pengambilan aplikasi robotik dalam pelbagai sektor industri di Malaysia dengan menyediakan satu gambaran keseluruhan keadaan teknologi robotik dalam negara termasuk kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman teknologi itu.


"MRANTI akan menggunakan teknologi terkehadapan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), termasuk Kecerdasan Buatan (AI),5G dan Internet Benda (IoT) untuk membangunkan kluster tumpuan mereka mengenai teknologi dron, teknologi kesihatan, teknologi pertanian dan teknologi pemboleh 4IR dengan penekanan kepada pengkomersialan teknologi," katanya.


-- BERNAMA

bottom of page