top of page
  • newsatmy

pasukan Mourinho tewas 6-1 bertemu Bodo

23 OKtober-PARIS

Pengendali AS Roma, Jose Mourinho mengalami kekalahan terbesar sepanjang kariernya selepas tewas mengejut 6-1 kepada Juara Norway, Bodo/Glimt pada saingan Liga Konferensi Eropah awal pagi semalam.

Atas kekalahan tersebut, Mourinho mengakui bertanggungjawab sepenuhnya selepas pasukan bimbingannya itu gagal menampilkan aksi terbaik untuk menjelmakan kemenangan.

“Saya yang memutuskan untuk menurunkan barisan pemain ini ketika berdepan pasukan tersebut, jadi saya harus bertanggungjawab atas keputusan yang kami peroleh hari ini.

“Saya melakukan dengan baik dan memberi peluang kepada pemain yang bekerja keras untuk bermain serta melakukan beberapa pertukaran ketika bermain dalam keadaan cuaca sejuk.

“Pada hari ini, kami kalah ketika berdepan pasukan yang mempamerkan kualiti yang lebih baik. Jadi, kami perlu menerimanya,” kata Mourinho.

Pada aksi tersebut, AS Roma tampil dengan baik pada separuh babak pertama perlawanan meskipun pasukannya ketinggalan 1-2 menerusi jaringan Erik Botheim pada minit ke-8 dan Patrick Berg minit ke-20.


Bersambung babak kedua perlawanan, pertahanan AS Roma tampak goyah apabila Botheim berjaya meledak gol kedua pada minit ke-52.

Bodo/Glimt terus menambah derita AS Roma apabila berjaya memeroleh tiga gol lagi menerusi Ola Solbakken pada minit ke-71 dan 80 serta jaringan Amahl Pellegrino (m-78).

Untuk rekod, sepanjang 1,008 perlawanan, ini adalah kali pertama Mourinho tewas lebih dari enam gol. – AGENSI

bottom of page