top of page
  • newsatmy

"Patut jadi wake up call" -Ismail Sabri

27 Mei 2021


PUTRAJAYA: Bila bercakap tentang golongan yang lebih berisiko, ramai yang hanya fikir warga emas dan orang yang berpenyakit sampai kita lupa yang kanak-kanak juga bahaya kalau dijangkiti Covid-19 kerana sekarang tiada vaksin yang sesuai untuk diberikan kepada mereka.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan) YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengatakan ada peningkatan drastik Covid-19 dikalangan kanak-kanak berbanding hanya 8,369 kes pada tahun 2020.


Kenyataan ini juga turut memberikan statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melaporkan seramai 41,971 kanak-kanak berusia setahun setengah hingga 12 tahun telah dijangkiti virus ini manakala bayi bawah satu setengah tahun pula seramai 6,290 kes.


"Kalau sebelum ini warga emas merupakan kumpulan berisiko dijangkiti Covid-19, nampaknya ancaman ini telah tular dikalangan kanak-kanak,"


"Perkembangan terbaru ini amat membimbangkan dan seharusnya menjadi “wake up call” kepada semua pihak terutama ibu bapa,” katanya.


Ekoran ini, Ismail Sabri meminta orang ramai untuk memberi penekanan terhadap pematuhan SOP dan membuat self lockdown bagi menyekat pergerakan keluarga.


"Ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelakkan mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap cuci tangan," tambahnya lagi.


--PN Online

bottom of page