top of page
  • cik skod

Paulo Josue pemain naturalisasi terbaharu Harimau Malaya

21 Mac

Pemain naturalisasi terbaharu Malaysia, Paulo Josue berharap yang dirinya mampu memberikan sumbangan yang sewajarnya kepada kejayaan Harimau Malaya. Josue adalah antara rekrut terkini Harimau Malaya dengan kapten Kuala Lumpur City ini bakal memberikan saingan kepada posisi bahagian tengah untuk skuad Kim Pan-gon menjelang perlawanan menentang Turkmenistan dan Hong Kong. “Saya berharap saya dapat menyumbang kepada pasukan dan negara.

“Saya berharap saya dapat membalas kepercayaan yang diberikan untuk menjadi warga Malaysia dengan memberikan persembahan baik kepada mereka,” kata Josue kepada media.

“Saya masih lagi dalam proses untuk memahami sistem latihan Kim Pan-gon, bagaimana beliau mahu kami bermain, gaya dan falsafahnya.

“Amat difahami yang masih ramai pemain baharu di sini tapi setakat ini semuanya berada dalam keadaan yang baik dan saya gembira dapat berada di sini,” ujar Josue lagi. Josue merupakan salah seorang pemain baharu naturalisasi selain Endrick Dos Santos serta bintang muda berdarah kacukan, Nooa Laine.

Nama Josue sebenarnya telah lama berlingkar sebagai calon pemain naturalisasi kebangsaan untuk beberapa ketika dan akhirnya beliau telah berjaya menerima panggilan negara.



bottom of page