top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PdP terhad bagi murid kelas peperiksaan akan dibuat secara bersemuka

5 Julai 2021

Menerusi laman Facebook Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, beliau kongsikan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang pemakluman mengenai sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi murid kelas peperiksaan di Negeri yang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bertarikh 4 Julai 2021.


KPM merujuk pengumuman YB Menteri Kanan Pertahanan pada 3 Julai 2021 berkaitan peralihan ke Fasa 2 PPN bagi negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2021.


Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Fasa 2 PPN, sekolah dibenarkan beroperasi untuk sesi Pengajaran dan Pemberlajaran (PdP) secara bersemuka, tetapi terhad kepada murid kelas peperiksaan sahaja.


MKN juga memberi kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru dan murid kelas peperiksaan yang terlibat sekiranya sekolah dibuka.


Walau bagaimanapun, KPM ingin memaklumkan bahawa Takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti yang telah sepeti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin, dalam sidang media pada 6 Jun 2021, bermakna sesi PdP bagi murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal yang akan bermula pada 16 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 17 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B.


Pemakluman lanjut mengenai pengoperasian sekolah bagi sesi persekolahan penggal berikutnya akan dibuat oleh KPM sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolahan tersebut bermula.




--PN Online



bottom of page