Arissa Azman
PdPR ni online sahaja ke?
8 Jun 2021

Menerusi laman siaran Facebook Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Radzi Jidin memuat naik satu video penjelasan beliau mengenai 'apa itu PdPR'.
Menurut beliau, Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) mempunyai pelbagai kaedah.
PdPR boleh mengikut kesesuaian guru dan murid, di mana ada murid yang mempunyai akses pada internet, jadi mereka boleh menggunakan alat peranti seperti telefon bimbit, komputer riba atau tablet untuk melakukan PdPR atas talian.
Ada juga yang tiada akses pada internet kerana tiada alat peranti yang canggih, tetapi merek boleh guna bermacam-macam kaedah.
Antaranya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan TV Pendididkan, iaitu siaran Didik TV, yang bersiaran bermula jam 7 pagi hingga 12 malam.
Pelbagai rancangan yang berkaitan kurikulum yang disiarkan sepanjang tempoh siaran.
Ibu bapa boleh menyemak dan memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan anak mereka dan mereka boleh menyertai dan memantau anak-anak mereka.
Guru juga boleh buat sesi PdPR secara offline, di mana mereka boleh menghantar tugasan melalui whatsapp dan murid-murid boleh berbincang dengan guru mereka melalui aplikasi tersebut.
Ada juga guru yang tunggu di sekolah bersama tugasan dan manual dan ibu bapa boleh datang ambil di sekolah.
Pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan oleh guru dalam PdPR ini.
"Apa yang penting, gunalah kaedah yang terbaik mengikut kesesuaian guru dan murid," kata beliau.
Jadi, tiada lagi alasan kepada mereka yang tidak mahu melakukan PdPR ini, kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kaedah yang boleh digunapakai.
--PN Online