top of page
  • newsatmy

PDRM buru Anwar kerana hasut rakyat bantah Darurat

16 Januari 2021

Lia

Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim serta individu yang terus mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam mengekang penularan Covid-19.


Dalam kenyataan semalam, Anwar yang juga merupakan presiden PKR berkata beliau sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen supaya merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, membatalkan pelaksanaan darurat dan mempercepatkan persidangan Parlimen.


Dimaklumkan PDRM memanggil Anwar Ibrahim untuk memberikan penjelasan mengenai tindakan beliau yang menghasut semua Ahli Parlimen dan Rakyat untuk membantah keputusan YDP Agong mengenai Darurat yang dilaksanakan baru-baru ini.

“Ketua pembangkang itu sepatutnya dilihat sebagai tokoh negara yang rasional dan menolak matlamat peribadi dalam keadaan getir ini


“Namun, sebaliknya berlaku, beliau memilih untuk menjadi batu api dan mengheret rakyat ke arah kegusaran.” Kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi.

Tanpa segan silu, beliau menjadikan keselamatan rakyat sebagai taruhan sekali lagi, demi mencapai cita-cita peribadinya. Katanya lagi


Beliau berkata, pungutan suara dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan disertai hampir 120,000 responden, menunjukkan majoriti rakyat bersetuju dengan pelaksanaan darurat yang berkuat kuasa 12 Jan hingga 1 Ogos ini.

“Rakyat melihat ini sebagai suatu tindakan yang wajar, kerana kepentingan nyawa dan keselamatan itu lebih besar agendanya berbanding yang lain seperti politik negara.


“Bukan mudah untuk rakyat menelan kepayahan ini, namun inilah hakikat yang perlu diakui bagi memastikan kestabilan yang lebih baik dalam tempoh yang mendatang.”

Katanya, semua pihak harus berhenti berpolemik dan bersatu hati dalam menyokong usaha kerajaan melandaikan lekuk jangkitan Covid-19.

“Malah kerajaan bersikap terbuka dengan mengajak wakil pembangkang untuk bersama dalam Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan atau menghentikan darurat,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Anwar yang mendesak supaya sidang Parlimen diadakan ketika perintah darurat.

“Setakat hari ini, sudah lima orang Ahli Parlimen dijangkiti Covid-19. Masih perlukah sidang Parlimen diadakan?

Tidak cukupkah kita dengan apa yang berlaku di Sabah selepas kerajaan dijatuhkan, dan seluruh rakyat terpaksa menanggung akibatnya?,” soalnya.


bottom of page