top of page
  • newsatmy

Pejuang pilih jadi kuasa ketiga dalam arena politik negara - Tun M

4 Jun 2021

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan kekal menjadi kuasa ketiga dalam arena politik Malaysia, serta memilih untuk membina kekuatan sendiri, dan tidak akan mewujudkan sebarang gabungan setakat ini, kata presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Kami mahu bebas, supaya rakyat boleh melihat kami sebagai sebuah parti yang menolak rasuah, kerana apabila kita membuat sebarang hubungan dengan lain-lain parti, beban tuduhan yang dipikul oleh parti itu juga akan memberi kesan kepada kita. Kami tidak mahu prestasi lepas parti itu memberi kesan kepada kami. Kami mahu menjadi kuasa ketiga supaya rakyat mempunyai pilihan," katanya.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab satu soalan wartawan semasa persidangan media secara maya hari ini.


Bekas perdana menteri itu berkata semasa pilihan raya juga, Pejuang akan hanya bekerjasama dengan parti yang mempunyai visi dan matlamat yang sama dengan mereka.


Beliau berkata Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti MUDA mungkin antara parti yang dipilih untuk bekerjasama dengan Pejuang pada pilihan raya akan datang.


-- BERNAMA

bottom of page