top of page
  • newsatmy

Pelakon The Walking Dead, Moses J. Moseley meninggal dunia

2 Februari 2022

PELAKON siri popular The Walking Dead, Moses J. Moseley dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun, lapor portal BBC.


Pengurusnya, Tabatha Minchew mengesahkan berita pemergiannya itu pada Isnin selepas Moseley ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Stockbridge, Georgia.


“Mendiang amat disayangi ramai, seorang yang luar biasa dan sekiranya anda pernah berkesempatan untuk bertemu dengannya, dia akan membuatkan hari anda menjadi luar biasa,” kata Minchew, memetik laporan portal People.

Ketika ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian watak salah satu zombie peliharaan kepada Michonne (Danai Gurira) dalam 'The Walking Dead' yang disiarkan pada 2012 dan 2015.


Berita pemergiannya itu turut memberikan rasa sedih kepada bintang-bintang siri The Walking Dead yang lain yang menyatakan ingatan dan doa mereka sentiasa bersama dengan Moseley.


Selain The Walking Dead, Moseley juga pernah membintangi filem 'Attack of the Southern Fried Zombies'.


Mendiang juga pernah terlibat dalam pembikinan filem The Hunger Games: Catching Fire, Watchmen HBO dan filem Volumes of Blood: Horror Stories 2016 selain pernah menerbitkan buku.

bottom of page