top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Pelan Pemulihan Negara dapat percepatkan parlimen – Wan Saiful

21 Jun 2021

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Pelan Pemulihan Negara mampu mempercepatkan sidang parlimen dan kerajaan sedang lakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat berkenaan.


Katanya menerusi kenyataan mengenai keputusan Perjumpaan Khas Raja-Raja Melayu semalam, pandangan yang dinyatakan oleh Raja-Raja jelas menunjukkan betapa Duli- Duli Tuanku sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan rakyat dan tadbir urus negara.


“Keperluan untuk mengadakan sidang parlimen secepat mungkin adalah satu perkara yang disebut oleh YAB Perdana Menteri dan diulang sekali lagi semasa mengumumkan Pelan Pemulihan Negara.


“Kita doakan agar pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara segera menunjukkan hasil

supaya matlamatnya akan tercapai. Langkah langkah susulan sedang diambil oleh kerajaan.

Sudah semestinya yang paling penting ialah semua tindakan kita mesti dipandu oleh Perlembagaan dan undang-undang negara,” katanya.


Tambah beliau, usahausaha dalam memerangi wabak COVID-19 harus diteruskan dengan pematuhan SOP dan program vaksinasi negara.


Menurutnya, semua jentera BERSATU akan terus istiqamah membantu masyarakat yang memerlukan melalui bahagianbahagian dan cawangancawangan parti di seluruh negara.


“Kita mesti segera keluar daripada belenggu wabak ini supaya kita dapat kembali kepada kehidupan harian seperti biasa,” katanya.



--PN Online

bottom of page