top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Pelan Pemulihan Negara: Kerajaan setuju kenaikan Saguhati kepada Frontliners

24 Jun 2021

Dalam usaha mempercepat kadar vaksinasi di seluruh negara dan memenuhi aspirasi Pelan Pemulihan Negara, Kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan bayaran saguhati Sukarelawan Kesihatan daripada RM50 kepada RM100 sehari bermula Jun 2021, selaras dengan keputusan Kerajaan untuk PPV beroperasi 7 hari seminggu dengan masa operasi dilanjutkan.


Tambahan saguhati ini akan melibatkan tambahan peruntukan berjumlah RM180 juta daripada peruntukan asal RM147 juta, menjadikan peruntukan keseluruhan RM327 juta.


Bayaran saguhati ini juga diperluaskan kepada Sukarelawan Kesihatan yang bertugas di lapangan selain PPV seperti Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC), dan dijangka memanfaatkan 19,000 sukarelawan.


Selain dari mengiktiraf jasa dan sumbangan para sukarelawan, kenaikan kadar saguhati ini juga adalah bukti kecaknaan Kerajaan dalam meningkatkan kadar vaksinasi di seluruh negara, demi memastikan imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin.


Menteri Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Mulia Senator Dato' Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sukarelawan dan warga frontliners atas usaha dan titik peluh yang mereka sumbangkan.




--PN Online

Comments


bottom of page