top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Pelantikan Danesh Raj berunsur politik - Srikandi Muda Johor

10 Oktober 2021

Srikandi Muda Negeri Johor yang diketuai oleh Shazani Binti A.Hamid, menegaskan bahawa pihak mereka tidak setuju dengan pelantikan Saudara Danesh Raj Nadarajan.


Menurut beliau, pelantikan Danesh Raj Nagarajan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Malaya (UM) adalah sangat tidak relevan.


Seperti yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Dr. Noraini Ahmad, Saudara Danesh adalah merupakan Alumni dan bergiat aktif di UM.


"Bagaimana dengan MPP di UM? Adakah mereka tidak bergiat aktif selama ini?


Beliau berkata, sekiranya penglibatan aktif dalam hal ehwal universiti adalah satu-satunya alasan yang dapat diberikan, pihaknya berpendapat terdapat alumni lain lebih sesuai bagi mengisi jawatan itu yang terdiri daripada pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan ahli KMUM.


"Dimanakah pelajar MPP dan MKM? Adakah mereka tidak layak menyandang jawatan ini hanya kerana mereka tiada penglibatan di dalam politik seperti Saudara Danesh?" ujar beliau ketika ditemuramah di Port Dickson baru-baru ini.


Beliau turut menegaskan bahawa mereka tidak mahu ada unsur politik dalam pelantikan Ahli Lembaga Pengarah UM.


"Saya rasa ramai anak muda yang dapat lihat sendiri perbezaan latar belakang yang ada pada Saudara Danesh adalah tidak bersesuaian, dan ramai lagi di kalangan pelajar UM yang mampu menyandang jawatan tersebut," tambah beliau.


Menurut satu kenyataan, semasa proses lantikan Danesh Raj dibuat juga jawatan beliau bukanlah Pegawai Khas seperti digembar-gemburkan.


Sebaliknya, Danesh Raj sebaliknya ditugaskan sebagai Pegawai Media Sosial yang mengendalikan urusan berkaitan akaun rasmi media sosial Ahli Parlimen Pengerang.





bottom of page