top of page
  • newsatmy

Pelawat antarabangsa dibenar singgah ke Thailand mulai 1 Mac

1 Mac 2021

BANGKOK: Mulai 1 Mac, para pelawat antarabangsa dibenarkan singgah di Thailand selepas Penguasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) melonggarkan langkah-langkah COVID-19.


Pelonggaran sekatan perjalanan yang ketat dilakukan setelah Thailand melaporkan penurunan jumlah jangkitan COVID-19 kepada dua angka sejak 20 Februari.


CAAT juga menyatakan bahawa peraturan bagi penerbangan tempatan turut dilonggarkan. Para pengendali pesawat bagi penerbangan tempatan dibenarkan menyediakan semula makanan dan minuman serta menjual cenderamata di dalam pesawat.


Menteri Pengangkutan Thailand Sasksayam Chidchob berkata langkah itu adalah sebahagian daripada keputusan oleh Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 untuk melonggarkan langkah-langkah sekatan.


Sungguhpun begitu, semua penumpang dan kakitangan pesawat masih perlu memakai pelitup sepanjang penerbangan kecuali ketika makan atau minum.

bottom of page