top of page
  • newsatmy

Pemain West Ham United terbabit kontroversi aniaya haiwan peliharaan

9 Februari 2022

WEST Ham United mengecam pemain mereka, Kurt Zouma kerana memukul kucing peliharaannya selepas tular video yang menunjukkan pemain pertahanan Perancis itu mendera haiwan terbabit.


Video tersebut menunjukkan Zouma, 27, menendang kucing itu yang berada di atas lantai dan menamparnya.


Zouma telah memohon maaf dan kelab berkenaan berkata mereka akan menangani isu itu secara dalaman.


"Saya ingin memohon maaf atas tindakan saya. Tiada alasan untuk kelakuan saya, yang saya benar-benar kesal.


"Saya ingin memberi jaminan kepada semua bahawa kedua-dua ekor kucing kami dalam keadaan baik dan sihat.


"Mereka disayangi oleh seluruh keluarga kami, dan kejadian ini tidak akan berlaku lagi," kata pemain pertahanan tengah itu dalam satu kenyataan.


Rakaman lanjut, yang pertama kali diterbitkan oleh The Sun dan dilaporkan dirakam oleh abang Zouma, Yoan, menunjukkan pemain itu membaling kasut ke arah haiwan peliharaan dan mengejarnya di sekeliling bilik.


"Kami telah bercakap dengan Kurt dan akan menangani perkara itu secara dalaman, tetapi kami ingin menjelaskan bahawa kami sama sekali tidak menyokong kekejaman terhadap haiwan," kata kelab itu, yang menandatangani Zouma pada musim panas dengan harga £29.8 juta.


Zouma turut dikritik oleh Ketua Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional, Maheta Molango pada Selasa.


“Bukan tugas kita mendisiplinkan dia, majikannya yang harus ambil tanggungjawab, tapi peranan kita adalah untuk memperjelaskan yang sikap ini tidak boleh diterima,” katanya.


Polis mengesahkan tiada kertas siasatan dibuka berkaitan kes berkenaan.

bottom of page