top of page
newsatmy

Pemohonan baharu GKP 4.0 dibuka mulai hari ini - Tengku Zafrul

16 Julai 2021

KUALA LUMPUR: Tempoh pendaftaran bagi pemohonan baharu Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai, 2021 secara dalam talian, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Beliau berkata menerusi proses pendaftaran baharu ini, sebahagian kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berstatus tidak lulus dan belum menerima GKP masih diberi ruang supaya mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula.


"PKS mikro yang layak untuk GKP 4.0 adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pihak berkuasa tempatan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri setakat 30 Jun, 2021," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Beliau berkata bayaran daripada peruntukan GKP 4.0 berjumlah RM1 bilion itu akan dibuat pada September 2021 iaitu sebanyak RM500 dan November 2021 berjumlah RM500 melibatkan penerima GKP sedia ada dan juga pemohon yang baharu diluluskan.


Tengku Zafrul berkata penerima GKP sedia ada tidak perlu membuat sebarang permohonan.


"Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir satu juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah RM6.1 bilion.


"Kerajaan berharap agar bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutama perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi pada ketika ini," katanya.


-- BERNAMA

Commenti


bottom of page