• Arissa

Pemuda Perikatan Nasional menjunjung titah Agong

19 Jun 2021

PEMUDA Perikatan Nasional menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertarikh 16 Jun 2021.


Pemuda PN sebagai entiti yang sentiasa menjunjung tinggi sistem Raja Berperlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.


Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat adalah selari dan bertepatan dengan iltizam Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Pelan Pemulihan Negara yang baru diumumkan melihatkan kepada satu gerak kerja inklusif, ditambahbaik dan menyeluruh dalam usaha Exit Strategy Negara daripada kemelut COVID-19 yang melanda.


Pemuda PN akan terus mengamalkan politik khidmat bakti yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.


Pada kesempatan ini Pemuda PN memohon agar kerajaan dapat mempertimbang:


[1] Potongan 20% bagi penggunaan elektrik kediaman;


[2] Moratorium bersasar pada golongan M40 dan sektor perniagaan; dan


[3] Mengambil tindakan tegas pada peniaga yang menaikkan harga barangan.


Pemuda PN akan terus konsisten mendukung kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


* Senator Khairil Nizam Khiruddin merupakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional.



--Awani