top of page
  • admin

Pemuda PN lapor polis judi ‘online’ makin berleluasa


MASJID TANAH 27 Mac: Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN) Parlimen Masjid Tanah membuat laporan polis bagi mengekang kegiatan judi dalam talian yang semakin berleluasa di kawasan parlimen itu.


Ketuanya, Muhd Majidul Ikhwan Md Jidin berkata, kegiatan tersebut hasil maklumat orang ramai dan banyak pendedahan di media sosial.

“Kita menerima banyak aduan daripada orang ramai di mana mereka resah tentang aktiviti judi online semakin berleluasa sekarang.

“Kita kesan ada ejen menjual ‘top up’ untuk membolehkan orang ramai yang berminat bermain judi di internet,” katanya usai membuat laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah petang semalam.


Menurut Majidul, mereka beroperasi dari rumah untuk mengaburi pihak berkuasa daripada mudah dikesan.


Manakala ejen-ejen ‘top up’ judi online beroperasi di kedai-kedai menjual handphone, kedai motor dan sebagainya.


“Lebih membimbangkan lagi kebanyakan yang terjebak dalam aktiviti tidak sihat itu golongan muda.

“Kita buat laporan polis agar pihak berkuasa dapat menghentikan kegiatan terbabit, lebih-lebih lagi umat Islam meraikan Ramadan sekarang,” ujarnya


Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Masjid Tanah Amirul Fahdzil Zahar berkata, laporan polis dibuat sebagai usaha mencegah kemungkaran yang berlaku sekarang.


Kata beliau pihaknya mengambil inisiatif dan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar untuk membanteras kegiatan perjudian.

“Ini agar ia tidak berlarutan terutama kepada golongan muda. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini dapat membanteras jenayah judi online,” ujarnya.

bottom of page