top of page
  • newsatmy

Penafian Mukhriz tentang kenyataan Astro Awani

14 Februari 2021

Merujuk laporan berita Astro Awani bertarikh 13 Februari 2021 yang bertajuk "PEJUANG tidak mahu PRU-15 dalam masa terdekat, enggan desak batal darurat - Mukhriz".


"Kami dengan sekeras-kerasnya menafikan laporan ini dan berpendapat bahawa kenyataan yang sebenar telah diputar belitkan".


Dalam temubual yang dilakukan, Dato' Seri Utama Mukhriz bin Mahathir tidak sama sekali mengatakan bahawa PEJUANG enggan desak batal darurat.


Beliau menekankan bahawa PRU-15 tidak sepatutnya dilakukan kerana akan mendedahkan rakyat kepada bahaya COVID-19 dan seandainya pertukaran kerajaan berlaku juga, biarlah tak melibatkan pilihan raya.


Yang selebihnya beliau memberikan penerangan mengenai program sanitasi masjid di kawasan beliau.


PENAFIAN ASTRO AWANI
.pdf
Download PDF • 164KB

bottom of page