top of page
  • newsatmy

Pendaftaran Parti Pejuang Ditolak Oleh ROS


KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah menolak pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerusi satu surat yang telah dikeluarkan pada Rabu (semalam).


Perkara tersebut telah disahkan oleh peguam Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali, menurut sumber laporan theedgemarkets.com hari ini.


Menurut Muhammad Rafique, pihaknya menerima surat tersebut pada jam 5.45 petang semalam (Rabu).



Keputusan itu dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik yang dijadualkan akan diperdengar di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas 2 pagi ini.


Susulan itu, parti tersebut mungkin akan memfailkan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan itu.


"Dengan itu, semakan kehakiman yang dijadual hari ini hanya bersifat akademik kerana kami akan terpaksa membuat rayuan secara terus kepada Menteri Dalam Negeri dalam masa 30 hari selepas keputusan itu, menurut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966," Rafique berkata.


Parti Pejuang ini ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lima lagi individu pada Ogos 2020.

bottom of page