top of page
  • newsatmy

Pendekatan kepada terbitan NFT adalah secara berasingan - SC

29 Mac 2022

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata pendekatan kepada terbitan token tidak boleh bertukar ganti (NFT) dilakukan secara berasingan, bergantung kepada jenis token dan projek NFT, serta aktiviti yang dijalankan di pasaran NFT.


Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar berkata berdasarkan kepada pemerhatian suruhanjaya itu mengenai pasaran NFT di Malaysia pada masa ini, aset asas kebanyakan NFT adalah produk bukan sekuriti.


"Penggunaan popular NFT, daripada apa yang kami lihat, adalah bagi item yang dijadikan koleksi seperti muzik, sukan dan lain-lain. Terutamanya juga, terdapat projek NFT yang menjual NFT mereka sebelum projek selesai.

"Dan mungkin juga (ia) penting untuk bertindak, memandangkan di peringkat global, Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO) turut memantau rapat perkembangan dalam bidang ini," katanya pada taklimat media mengenai pelancaran Laporan Tahunan SC 2021 yang djalankan secara maya, hari ini.


NFT adalah aset kriptografi di blockchain dengan kod pengenalan unik dan metadata yang membezakan antara satu sama lain.


Tidak seperti mata wang kripto, NFT tidak boleh didagangkan atau ditukar pada kesetaraan, yang mana berbeza daripada token boleh bertukar ganti seperti mata wang kripto yang serupa antara satu sama lain dan oleh itu, boleh menjadi medium bagi urus niaga komersial.


Menurut Syed Zaid, laporan terkini IOSCO Decentralised Finance Report, yang dikeluarkan pada Mac 2022, menyebut bahawa NFT mungkin sebahagian daripada pasukan petugas khas yang baru dibentuk untuk melihat keutamaan kemudiannya nanti.


Sementara itu, Pengarah Urusan SC Foo Lee Mei berkata dari perspektif undang-undang, seperti mana-mana produk pasaran modal lain, jika pada masa depan NFT memenuhi perintah preskripsi aset digital suruhanjaya itu, dan/atau mana-mana pemain NFT yang terlibat dalam aktiviti pengawal selia pasaran modal, barulah kelak ia akan berada di bawah ruang lingkup SC.

Comments


bottom of page