top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Penduduk hidu bau busuk di tapak pembuangan sampah haram

29 Disember 2021

AYER HITAM: Pihak berkuasa digesa segera menutup tapak pelupusan sampah haram di Kampung Kota Dalam, di sini, berikutan bau busuk dan asap daripada aktiviti pembakaran terbuka di kawasan itu.


Bersatu Bahagian Ayer Hitam menerima aduan daripada penduduk kampung Kota Dalam Ayer Hitam, En.Jaafar bin Md Shah dan En. Abd Latif bin Abu Bakar mengenai pembuangan sampah haram di Kg Kota Dalam Ayer Hitam.


Encik Jaafar, yang juga Pengerusi Surau Kampung Kota Dalam, berkata masalah bau busuk dan asap dari tapak pelupusan sampah haram itu menjejaskan kehidupan kira-kira 600 penduduk di kawasan tersebut.


“Selalunya, aktiviti pembakaran sampah di tapak ini dilakukan pada waktu petang dan setiap malam kami terganggu dengan bau busuk.


“Jadi pihak berkaitan perlu membuat pemantauan berterusan bagi menghalang pembuangan dan pembakaran sampah di tapak itu


“Kami juga berharap tapak pelupusan sampah haram itu ditutup demi keselesaan dan kesihatan penduduk sekitar,” katanya ketika ditemui di tapak pelupusan sampah haram berkenaan, semalam.


Jaafar berkata, jika masalah itu tidak diatasi dengan tindakan lebih tegas, pelbagai masalah lain membabitkan isu alam sekitar akan berlaku.


“Pada masa yang sama, tindakan penguat kuasaan perlu diambil termasuk menahan dan mendakwa pihak yang membuang sampah di tapak pelupusan sampah haram itu sebagai pengajaran,” katanya.


Sementara itu, Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam En Mohd Halid Bin Ngadirin berkata masalah itu timbul selepas ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan meminta YB Datuk Samsol Bahari Bin Jamali selaku ADUN SEMARANG mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah sampah haram ini.


“Malah ada pihak tertentu termasuk kontraktor yang menjalankan kutipan bahan buangan ini sengaja memilih tapak itu untuk menjimatkan kos berbanding dibuang tapak pelupusan sampah yang sah,” katanya.


“Kita bimbang jika masalah pembuangan sampah ini tidak ditangani dan dibiarkan terus berleluasa, kejadian itu boleh berlaku di kawasan berkenaan. Kita juga bimbang pencemaran udara dan bau busuk di kawasan ini akan merebak ke kawasan kampung lain yang berdekatan,” katanya.

Comments


bottom of page