top of page
  • newsatmy

“Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Agong" - Ku Li

25 Febuari 2021

PETALING JAYA - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah boleh menetapkan tarikh sesuai untuk persidangan Dewan Rakyat.


Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menyambut baik ketegasan Sultan Abdullah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa darurat berkuatkuasa.


Katanya, Agong juga boleh menyeru Parlimen bersidang tanpa perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


“Sebenarnya memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah perlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada perdana menteri apatah lagi di dalam keadaan darurat diisytiharkan.


“Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.


“Kita semua menyambut baik ketegasan Istana Negara bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat. Sudah tentu rakyat bergembira dengan kenyataan ini,” katanya.


Agong berpendapat bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh proklamasi darurat dilangsungkan, pada suatu tarikh yang sesuai olehnya atas nasihat Muhyiddin.


Sebelum ini Tengku Razaleigh bersama Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub dan MP Padang Rengas Nazri Aziz telah memberitahu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin. -FMT




bottom of page