top of page
  • newsatmy

Penganjur KL Fashion Week gagal bayar model,jurugambar dan krew

20 Ogos

Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan Alicia Amin membawa sebuah kadbod dengan kata-kata protes diatasnya.


Video yang berlegar di media sosial Twitter dan Instagram peribadi Alicia Amin sendiri memaparkan dakwaan bahawa pihak Kuala Lumpur Fashion Week didakwa gagal menjelaskan bayaran model.


Beliau mendakwa ramai model masih menunggu bayaran dari Andrew dari tahun-tahun sebelum ini dan akan menerima bayaran.


Difahamkan bahawa Andrew yang dimaksudkan oleh Alicia adalah Andrew Tan, pengasas kepada KLFW yang kini sedang berlangsung di pusat beli belah Pavilion KL.


Video yang berdurasi beberapa saat itu kemudiannya tular di media sosial. Kelihatan juga beberapa gambar di mana Alicia sedang berbincang sesuatu dengan Andrew dan kemudiannya beliau dihalau oleh pengawal keselamatan.


Menerusi satu ciapan yang dibuat oleh pengguna Twitter, difahamkan bahawa KLFW memang mempunyai ‘perangai’ susah untuk membayar model.



Selain itu, seorang pengguna Twitter menyatakan bahawa Alicia sudah perjuangkan hak model ini sejak beberapa hari sebelum acara ini bermula.


Difahamkan bahawa bukan sahaja model, tetapi jurugambar dan krew acara KLFW turut menerima nasib yang sama apabila bayaran mereka tidak dijelaskan

Comments


bottom of page