top of page
  • Writer's pictureNizam

Pengeluaran i-Citra tambahan: Kesatuan sekerja tolak idea mengarut ketua Pemuda UMNO

14 Disember 2021

Desakan dari beberapa kesatuan sekerja agar kerajaan menghentikan pengeluaran tambahan i-Citra di bawah Kumpulan Wang Simpanan Sekerja (KWSP), sebaliknya mereka mengharapkan kerajaan memperkenalkan beberapa insentif lain sebagai ganti I-Citra.

Antara kesatuan yang medesak kerajaan ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), dan Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) Gabungan ini memiliki jutaan ahlinya di seluruh negara.

Mereka berharap, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Kementerian Kewangan (MoF) tidak mengikut telunjuk Pemuda UMNO yang tidak mempedulikan nasib dan masa depan pekerja.

Sebelum ini,selepas pembentangan budget 2022, KWSP mendedahkan sejumlah 6.1 juta ahli kini mempunyai baki kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka,3.6 juta ahli mempunyai kurang RM1,000 dan akan menjadikan mereka golongan rentan dan tanpa perlindungan selepas persaraan.

Jumlah pengeluaran luar biasa sebelum ini telah menyebabkan 73 peratus atau hampir tiga per empat ahli berada dalam situasi serius yang mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara, kata KWSP.

Kejatuhan dalam simpanan ini amat merisaukan ramai pihak terutamanya pencarum Bumiputera yang menjadi kumpulan paling ramai terjejas. “Sebanyak 4.4 juta atau 54 peratus daripada pencarum bumiputera kini mempunyai simpanan kurang RM10,000 dan dua juta atau 25 peratus mempunyai wang KWSP kurang daripada RM1,000,” kata KWSP.

Namun, Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki dan pergerakan itu dan Najib Razak, sebaliknya terus mendesak kerajaan dan Mof meluluskan pengeluaran one-off RM10,000 i-Citra dengan mendakwa kononnya ia adalah kehendak rakyat.

9 Disember lalu, media melaporkan isu pengeluaran kali terakhir i-Citra berjumlah RM10,000 itu akan dibincangkan serta diperhalusi oleh Perdana Menteri bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Laporan dari Bernama, ketiga-tiga kesatuan sekerja berkenaan meminta kerajaan agar tidak membenarkan lagi pengeluaran kemudahan i-Citra dan memperkenalkan insentif tambahan lain.

Pemangku Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata ini berikutan pengeluaran kemudahan itu akan menyebabkan ahli-ahli terpaksa bekerja lebih lama demi menggantikan caruman tersebut.

Beliau membuat kenyataan hari ini, menyifatkan beberapa cadangan bagi membantu KWSP membina semula simpanan terbabit seperti kadar dividen yang berbeza atau memfokuskan projek bernilai tinggi, juga tidak mencukupi kerana impaknya terlalu kecil bagi mengubah keadaan sebahagian besar ahli. sebaliknya kerajaan perlu menyediakan pelbagai tambahan bantuan termasuk bagi peniaga kecil seperti geran, pinjaman bersubsidi dan kredit yang dijadikan sebahagian daripada pakej rangsangan sama ada melalui bank atau secara terus melalui agensi kerajaan.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal UNI-MLC menyarankan supaya pengeluaran i-Citra ditamatkan,dikhuatiri KWSP akan lari dari matlamat penubuhannya jika terus membenarkan pengeluaran secara berterusan Setiap badan berkanun berkaitan dengan sistem perburuhan dan pekerjaan mempunyai matlamat penubuhan dan harus dipertahankan demi kebajikan dan perlindungan menyeluruh pekerja pada hari ini serta di masa depan. “UNI-MLC menggesa agar KWSP menghentikan segera skim i-Citra itu dengan mengambil kira desakan banyak pihak yang berpendapat ianya tidak wajar kerana boleh menjejaskan kehidupan pekerja selepas bersara,” katanya.

Manakala,Setiausaha Eksekutif NUSPM, Ikmal Azam Thanaraj Abdullah pula berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu pekerja yang memerlukan sokongan kewangan. “Mereka yang mempunyai masalah seperti terlewat membuat pembayaran balik hutang boleh mendapat bantuan bank dalam memberi kelonggaran dan aduan mengenai bank yang tidak memberi maklum balas pula boleh dirujuk terus kepada Bank Negara Malaysia,” katanya.


Commentaires


bottom of page