top of page
  • newsatmy

Penggunaan “keling” dalam kamus, DBP terima tekanan.

Sebilangan wakil rakyat daripada pelbagai parti dilaporkan berang terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas penggunaan perkataan ‘keling’ dalam mendefiniskan ‘tambi’.


Menurut Kamus Dewan dalam talian yang diuruskan DBP, ‘tambi’ diberi erti “panggilan untuk orang Keling yang lebih muda daripada kita’.


Memetik daripada Malaysiakini, tindakan tersebut menerima kecaman Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P. Ramasamy.


Menurut beliau, ‘tambi’ adalah kata ramah bagi merujuk kepada orang yang lebih muda, seperi ‘anna’ (kakak) yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang lebih tua sebagai tanda hormat.


Namun, DBP harus maklum bahawa ‘keling’ atau ‘kelinga’ tidak memiliki tempat dalam kosa kata Tamil.


“DBP bersifat rasis apabila mengaitkan perkataan ‘tambi’ yang biasa digunakan masyarakat Tamil dengan perkataan ‘keling’ yang menghina,” ulas Ramasamy kepada Malaysiakini.


Beliau menegaskan bahawa ‘keling’ sama sekali bukan sebahagian daripada perbendaharaan kata Bahasa Tamil.


Turut menentang penggunaan perkataan itu ialah Senator MIC S Vell Paari.

Menurutnya, individu yang bertanggungjawab atas terjemahan tersebut dan menggunakan kata ‘keling’ secara langsung menghina rakyat Malaysia yang berbangsa India.


“Inilah keadaan negara yang menyedihkan di mana mereka secara rasmi boleh menghina kita. Saya harap menteri perpaduan nasional segera memeriksanya.


“Dan jangan katakan itu adalah kesalahan dan abaikan. Selidiki siapa yang melakukannya. Sekiranya baru-baru ini terjadi, orang yang bertanggungjawab harus dipecat,” tokoknya.


Untuk rekod, perkataan ‘keling’ wujud dalam kosa kata Bahasa Melayu, di mana ia didefinasikan sebagai “bahagian India selatan, benua dan orang yang berasal dari selatan India”.


Terdapat petikan klasik Melayu yang menggunakan istilah ‘Benua Keling’ bagi merujuk negara India. Contohnya, Sejarah Melayu dan Sejarah Raja-raja Pasai.

-PN Online

bottom of page