top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Penggunaan PPV Bergerak Di Daerah Muar

8 Jun 2021

Penggunaan PPV bergerak dengan menggunakan bas yang diubahsuai merupakan pendekatan yg pertama di negeri Johor.


Ia merupakan salah satu penzahiran inisiatif no. 1 (daripada 15 inisiatif), "Memperkasa Agensi dan Komuniti" ke Arah Muar Daerah Maju 2030.


Ini adalah kerana usaha diperingkat awal ini (selama 5 hari termasuk hari "dry run") merupakan dana dari Tabung Mampu Infaq Muar Perkasa 2030. Antara penyumbang awal tabung ini ialah YB Dato' Dr Shahrudin bin Jamal (Bukit Kepong) RM 20 ribu, YB Yashrudin (Bukit Naning) RM 5 ribu dan sebuah komputer riba, YB Eng Yap How (Bentayan) 2 buah komputer riba dan Pegawai Daerah Muar, sebanyak sebulan gaji.


Penggunaan dana ini juga akan membiayai kos pengurusan bas bergerak dan lain-lain keperluan di PPVB (Pusat Pengambilan Vaksin Bergerak) di Mukim Ayer Hitam & seterusnya di Mukim Sungai Balang yang direncana selama 10 hari mulai 14 Jun di Kompleks Penghulu Sungai Balang.


Semoga dipermudahkan segala urusan dalam pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia serta sekaligus membendung penularan wabak Covid-19 ini.



--PN Online

bottom of page