Nizam
PRN Sarawak:Pengundian awal bermula 7.30 pagi
14 Disember 2021

PRN SARWAK | Pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) yang melibatkan anggota dan pegawai polis serta tentera dan pasangan bermula 7.30 pagi ini.
Seramai 23,043 pengundi akan mengundi hari ini membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Ia membabitkan 10,458 anggota dan pegawai polis serta pasangan manakala bakinya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pegawai Media Polis Kontinjen Sarawak bagi PRN12, Supt Alexson Naga Chabu berkata, sebanyak 55 pusat pengundian awal akan dibuka bermula pukul 7.30 pagi hingga 5 petang.Manakala 30 lokasi yang akan ditutup lebih awal iaitu 2 petang.
Sejumlah 349 calon bersaing dalilihan-Raya/PRN-am PRN12 dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pengundian pada Sabtu ini.